Logo Logo
  • Laman Utama
  • Pengenalan Terma Rujukan Galeri Manual Focal Point
    FAQ Maklum Balas
  • Hubungi Kami
Log Masuk
Kembali

Soalan Lazim (FAQ)

Soalan Lazim Sistem Dashboard Belia

Sistem Dashboard Belia IYRES merupakan platform digital sistem bersepadu merekodkan maklumat program pembangunan belia merentas kementerian, jabatan, agensi dan pelaksana pembangunan belia di Malaysia. Inisiatif ini telah dibangunkan oleh Kementerian Belia dan Sukan (KBS) melalui Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES) yang selari dengan pendekatan di bawah Dasar Belia Malaysia (DBM) yang menekankan konsep "merentas pelaksana" dalam memastikan pembangunan belia di negara ini adalah secara bersama berdasarkan fungsi dan keupayaan setiap pelaksana.

Sistem Dashboard Belia merupakan platform utama bagi mengumpul maklumat projek, program dan aktiviti pembangunan belia dalam pangkalan data yang berpusat merentasi agensi pelaksana di seluruh Malaysia. Sistem ini berupaya membantu pemegang taruh belia memantau program-program belia dan mengenal pasti outcome atau pulangan yang diperolehi (Return of Investment (ROI)) daripada pelaburan atau peruntukan yang diperoleh.

Inisiatif ini juga membolehkan sumber dan maklumat dikongsi ke arah penyerlahan potensi belia negara ke tahap yang optimum dan dapat membantu kementerian serta agensi dalam menyelaras, memantau serta memastikan perancangan pelaksanaan program yang efektif.

Berikut merupakan objektif utama yang ingin dicapai daripada pembangunan sistem ini:

  1. Menyediakan satu pangkalan data yang berpusat bagi memantau pencapaian program-program pembangunan belia merentasi agensi dan pelaksana pembangunan belia di Malaysia sehingga di peringkat negeri dan daerah.
  2. Menyediakan input untuk rujukan dan panduan kepada pembentukan dasar, pembangunan sumber manusia dan peruntukan kewangan kepada pembangunan belia yang lebih holistik.
  3. Menyediakan input bagi mengenalpasti "focus area" pembangunan belia yang dilaksanakan oleh pemegang taruh belia.
  4. Menyediakan input kepada Projek Data Raya (Big Data) KBS khususnya dalam analisa analitik.
  5. Menyediakan peluang kolaborasi dengan inter-kementerian atau agensi melalui perkongsian maklumat program.
  6. Menyediakan input dalam merancang program dan aktiviti pembangunan belia di Malaysia.
  7. Menyediakan pelaporan yang komprehensif bagi membuktikan pencapaian output dan outcome inisiatif-inisiatif pembangunan belia.
  8. Menyediakan input kepada Pelan Tindakan Pembangunan Belia Malaysia.

Sistem ini boleh diakses oleh belia dan orang awam melalui:

  1. Pautan rasmi URL http://dbbelia.gov.my.
  2. Aplikasi Dashboard Belia yang boleh dimuat turun di telefon mudah alih.

Antara ciri-ciri utama yang menjadi tarikan belia melalui Sistem Dashboard Belia adalah:

  1. Akses kepada maklumat terkini berkaitan peluang penyertaan program pembangunan belia merentas semua pelaksana program.
  2. Penyertaan dengan ganjaran bagi menggalakkan penglibatan aktif dalam kalangan belia. Peserta berpeluang memperoleh ganjaran tertentu seperti e-sijil penyertaan atau insentif dan ganjaran lain berdasarkan tahap penglibatan dalam sistem Dashboard Belia dan penyertaan dalam program.

Terbuka kepada semua pihak yang melaksanakan program pembangunan belia meliputi 10 kumpulan pelaksana iaitu:

  1. Kementerian dan agensi persekutuan.
  2. Institusi pendidikan dan penyelidikan.
  3. Kerajaan Negeri.
  4. Pemimpin politik.
  5. Institusi keluarga.
  6. Syarikat berkaitan kerajaan dan swasta.
  7. NGO dan Individu belia.
  8. Masyarakat.
  9. Media.
  10. Badan Bukan Kerajaan.

Pengguna sistem ini terdiri daripada masyarakat awam dan belia sebagai peserta, manakala pegawai pelaksana program pembangunan belia pula akan dilantik sebagai Focal Point.

Pendaftaran sebagai Focal Point dan Peserta boleh dilaksanakan melalui pendaftaran akaun sama ada sebagai Focal Point atau Peserta.

Maklumat pendaftaran Focal Point perlu dilengkapkan untuk pengesahan oleh admin sistem, manakala maklumat peserta perlu dilengkapkan untuk log masuk ke sistem dan mendaftar sebagai peserta program.

Peranan Focal Point Sistem Dashboard Belia terdiri daripada lima peranan utama peringkat kementerian, jabatan, agensi serta badan bukan kerajaan.

  1. Pentadbir Agensi bertanggungjawab menyelia, merekod dan membuat semakan program yang telah didaftarkan.
  2. Pengguna Sistem bertanggungjawab merekod dan mengemaskini maklumat program di dalam sistem.
  3. Pegawai Pelulus bertanggungjawab terhadap pengesahan dan perakuan maklumat sebelum dimuktamadkan.
  4. Ketua Eksekutif berperanan memantau prestasi pada peringkat kementerian, jabatan atau agensi masing-masing.
  5. Auditor bertindak sebagai pemantau keseluruhan program merentasi kementerian, jabatan, agensi serta badan bukan kerajaan dalam sistem.

Focal Point yang dilantik perlu merekod dan mengemaskini program atau aktiviti secara berkala sekurang-kurangnya dua kali setahun iaitu pada suku pertama dan suku keempat setiap tahun.

Status Pelaporan program bagi setiap jabatan, agensi serta badan bukan kerajaan akan dilaporkan melalui Bengkel Pemantauan Sistem Dashboard Belia yang akan dilaksanakan dua kali setahun.

Program yang perlu didaftarkan di dalam sistem meliputi program-program pembangunan belia sama ada program yang dilaksanakan memfokuskan kepada kumpulan sasaran:

  1. Belia (15-30 tahun).
  2. Belia dan Bukan Belia (semua peringkat umur termasuk kumpulan umur belia).
  3. Selain Belia, iaitu peringkat umur kanak-kanak (bawah 14 tahun), pasca belia atau umur dewasa (31 hingga 59 tahun) dan Warga Emas (60 tahun ke atas).

Di antara manfaat Sistem Dashboard Belia adalah seperti berikut:

  1. Akses program bersepadu - semua maklumat program belia dikumpulkan dalam satu platform untuk memudahkan carian.
  2. Penyertaan berasaskan minat - belia boleh menyertai aktiviti mengikut minat dan kehendak mereka di lokaliti belia setempat.
  3. Pemantauan ROI dan impak sosial - membolehkan pemantauan keberkesanan sesuatu program terhadap komuniti secara lebih sistematik.

Untuk mendapatkan keterangan lanjut berhubung sistem ini atau memerlukan perkhidmatan latihan / teknikal secara terperinci, pihak Sekretariat Sistem Dashboard Belia sedia membantu di talian 03-8871 3389/3329, atau e-mel kepada pentadbir sistem di dbbelia@iyres.gov.my.

Sistem Dashboard Belia boleh dicapai di hujung jari di mana-mana lokasi.

Jata Negara Dashboard Belia

INSTITUT PENYELIDIKAN PEMBANGUNAN BELIA MALAYSIA

Aras 10, Menara KBS, No. 27 Persiaran Perdana,
Persint 4, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62570 Putrajaya

+603-8871 3417 +603-8871 3342 dbbelia@iyres.gov.my
Peta Laman
  • Laman Utama
  • Program Saya
  • DB Mart
    • Pengenalan
    • Terma Rujukan
    • Galeri
    • Manual Focal Point
    • FAQ
    • Maklum Balas
  • Hubungi Kami
Aplikasi Mudah Alih
Google Play
GET IT ON Google Play
App Store
DOWNLOAD ON THE App Store
AppGallery
EXPLORE IT ON AppGallery
Statistik Pengunjung
0 0 0 , 0 1 6

Jumlah Pengunjung Unik

© 2026 Dashboard Belia. Hak Cipta Terpelihara.
Penafian | Dasar Privasi | FAQ | Dasar Keselamatan